HEROIN - NUR SYAFA ADLISYA
MY LOVE STORY !
Bas bewarna merah itu dipandang sepi sehingga hilang dari pandangannya . Terdengar keluhan keluar dari bibir merahnya . Matanya tidak berhenti melihat jam di tangan . Sudah hampir dua jam dia menunggu di situ , namun bas yang ditunggunya belum kunjung tiba . Dia sudah penat duduk bangku kecil itu . Naik kematu punggungnya . Akhirnya bas yang ditunggunya muncul . Lega rasa hatinya . Sepantas kilat dia bangun dan berjalan dengan pantas ke arah bas itu . "Adess , ramai gila .. aku ingat aku sorang je nak naik bas ni ," bisik hatinya . Arghh , tak suka nak berhimpit-himpit .
Gedebuk .. ! Tiba-tiba dia dilanggar . Buku yang dipegangnya terlepas . Tidak sempat dia nak menyambutnya .
Dalam hati , dia menyumpah siapa yang melanggarnya tadi . Cepat sahaja dia mengutip buku di tanah kerana tidak mahu menghalang orang ramai yang ingin menaiki bas . Selesai dia mengutip bukunya , terus dia berlari ke arah tersebut . "Fuh , sempat jugak aku naik bas ini . Kalau tak , NAHAS ! hehe ," hatinya girang .
"Sudah .. mana pulak perginya buku portfolio aku nie ?" Syafa menggaru kepalanya yang tidak gatal . Otaknya ligat berfikir ke mana buku portfolio je pergi . Ayuh flashback . "Erm , semalam aku bawa buku tu pergi kelas . Then , aku balik naik bas . Then ...,"tiba-tiba dia teringat sesuatu di situ . "Tapi , aku dah kutip semua buku yang jatuh tu . Takkan tertinggal kot . Huwaa , sah lah tertinggal . Err , copy paste Sya punya leww jawabnya ... ngeh he he ~
...................................................................................................................................................................................................
Sedang dia tengah layan cerita korea , phone nye tiba-tiba berbunyi menandakan mesej masuk . "Siapa pulak yang send mesej nie," rungut hatinya .
Hai .
Syafa mengerutkan dahinya . "Siapa nie ? Rasa macam tak kenal je number nie". Hmm , siapa yer ?.. Jari kecilnya menekan punat reply .
Hai .. Siape nie ?
Okay , send ! Beberapa saat kemudian mesejnya dibalas .
Hmm , saya Danial .
Danial ? Tak kenal pun .
Yup . Kite mmg saling tak mengenali . Tapi , saye dlm proses nk mengenali awak .
Err ? Nak kenal saye ? Utk ape ? Tak ade yg menarik pun psl saye . Saye cume insan biase .
Saye pun insan biase awak .. Bukan makhluk asing pun . =)
Eh eh , buat lawak pulak mamat ni . Tumbok satgi haa .
Ape je la awak .
Haha .. Awak name ape ?
Syafa .
Syafa je ?
Nur Syafa Adlisya .
Hmm , sedap name tu . Saye Muhammad Danial Franz . Selamat berkenalan .
Hmm , layan je la mamat ni . Not bad la . Tak la bosan melayan dia . Layan .. Dalam dok melayan , tak sedar jam da pukul 6 petang . "Alamak , aku tak solat asar lagi la" .
Ok la Danial . msg laen kali ye . Nak semayang asar dulu . hehe . Bye .
Opps , lupa pulak nak tanya mana dia dapat number aku . Erm , lain kali je la . Perlahan-lahan kakinya mendaki anak tangga . Paip air dibuka perlahan .
..............................................................................................................................................................................................
Kelas Insurance pagi itu riuh dengan pelbagai suara . Tiba-tiba sorang budak kuliah aku ni buat annoucement .
"Weh , tau tak ade budak baru nak masuk kelas kita !" Aku turut pasang telinga . Kemudian terdengar suara Fasha di pintu kelas . Suara manja yang agak menjengkelkan aku . Ketika itu semua mata pelajar KTS2 memandang ke arah pintu . Bukan Fasha menjadi tumpuan utama . Tapi , seseorang di sebelahnya . Seorang lelaki yang membuatkan se pelajar-pelajar perempuan tergamam dan terbeliak .
Lelaki itu hanya tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya . Fasha disebelahnya asyik memegang kejap lengan lelaki itu . Fasha tergelak melihat keletah kawan-kawannya . Tubuhnya meliuk lentok dengan gaya yang menggoda . Semua orang tahu perangai minah sorang ni . Pantang nampak lelaki hensem , mulalah gediknya melbihi had maksimum .
"Guys , aku nak kenalkan student baru kelas kite ,... and he's mine okay !" Fasha dengan bangganya memperkenalkan lelaki tersebut . Iye iye la lelaki tu dia punya . Lelaki tu macam tak layan dia je . Perasan betul .
Ceh , ada aku kisah ? Tapi , aku kisah sebenarnya . Hensem banget sih lelaki tu . Alahai , 30% macam Korea . 50% macam Inggeris . Selebihnya macam Melayu leh . Spesies lagi idaman aku . Matanya tak beralih dari menatap wajah kacak lelaki itu . Tanpa disedari ,....TAP ! mata lelaki itu bertaut dengan matanya . Sesaat.. dua saat.. tiga saat.. pipinya sudah memerah . Cepat-cepat matanya dikalih memandang ke arah lain .
"Aww , malunya . Kantoi pulak aku tengah pulun tengok muka dia habis-habis . Huwaaa , mana aku nak letak muka nih ? Agak agak bawah meja boleh tak ? Ish , tak muat la . Jangan buat kerja gila Syafa ! Rilek-rilek Syafa ."
Perlahan-lahan dia mengangkat muka . Berusaha untuk memandang lelaki itu buat kali kedua . Kali kedua mata mereka bertaut . Dan aku kali keduanya gelabah . Lelaki itu hanya tersenyum . Aku buat-buat tak nampak dan terus buat-buat selak buku . Padahal dalam hati hanya Tuhan yang tahu . Ada getaran menanti . Ada debaran di hati . Dan aku ada hati dekat dia . ngeh he he .
"Eh , mana pulak dia pergi ?" Mata aku melilau-lilau mencari si jejaka idaman . Oh , di situ rupanya . Di sebelah Fasha gedik . Aku tak suka dia . Teruslah menggedik wahai Fasha oi . Dan kelas itu kembali riuh . Riuh dengan suara-suara memuji ketampanan lelaki tersebut . Biasalah orang hensem selalu menjadi mangsa wanita-wanita . Lumrah kot . huhu .
......................................................................................................................................................................................
Malam itu ketika aku baru hendak menarik selimut , tiba-tiba phone di sebelah berbunyi . Cepat-cepat aku mencapai telefon tersebut .
Hai !
Hai ..
Ape buat ?
On the way nak tido .
Oh , ye ke ? Sory ganggu .
Erm , tak ape .
Senyap . Mesej tidak berbalas . Dah tido agaknya mamat nie . Hmm .. aku pun nak tido la . Baru saja nak melelapkan mata , phone kembali berbunyi . Jarinya membuka mesej tersebut . Matanya tertancap pada setiap isi mesej yang tertulis di phone screennya . Gulp !
.......................................................................................................................................................................................
Syafa mencari-cari meja kosong di Mama Juni's Cafe itu . Syafa menarik kerusi . Tubuhnya dihenyak perlahan ke atas kerusi itu . Matanya melilai-lilau mencari seseorang yang memintanya berjumpa di sini . Dia tiba-tiba teringat mesej terakhir yang diterimanya semalam . Terkejut beruk dibuatnya . Ada ke orang yang baru dua kali mesej , boleh kata yang dia suka kat aku ? Hmm , dia jugalah yang meminta aku berjumpanya di kafe ini . Katanya untuk saling mengenali . Apa-apa je lah . Agak-agak hensem tak ? Macam SRK ke ? Fahrin Ahmad ke ? TAk pun macam Leeteuk leader kumpulan Super Junior tu ? hehe . Tengah syok dia termenung + berangan , tiba-tiba seseorang tercongok di depannya . Seorang lelaki dan membuatkan Syafa tergamam . Tidak mampu berkata apa-apa malah nak berfikir pun tidak boleh . Rasa macam nak berlari pecut 1000 meter mengalahkan Ussain Bolt . Apa dah jadi ni ?
"Hai , Syafa Adlisya," tegur lelaki itu . Waa , aku sangat gelabah . Persoalannya , kenapa harus dia ?
"Ha...ha....hai !" Apasal tergagap-gagap pulak ni . Sudah ! Dup dap dup dap . Jantung aku dah berdangdut la .
"Kenal saya , kan ?" Lelaki itu memulakan perbualan .
' Nie kes gile ape tak kenal . Kenallah.' Hatinya bermonolog sendiri .
Muhammad Danial Franz . Dia ke yang mesej aku selama ni ? Dia ke yang suka dekat aku ? Dan yang palin penting dia student baru kelas aku !
'Mimpi ke aku nie?' Aku mencubit lenganku . Ouch , sakit ! Kenyataan ni , bukan mimpi .
"Awak tak bermimpi lah Syafa . Awak dan saya masih di dunia yang sama . Dunia kita tak berbeza ," kata Danial dengan tersenyum . Aku kat sini dah blushing satu muka .
"Ta..ta..tapi kenapa awak ......"belum sempat aku menyudahkan kata-kataku , dia mengeluarkan sesuatu dan letak dihadapanku . Eh , macam kenal je buku ni .
"Eh ! Nie buke portfolio saya !" ujarku terkejut ."Macam mana buku ni boleh ada dekat awak ?" Tanyaku .
........................................................................................................................................................................................
Phone berbunyi menandakan mesej masuk . Cepat-cepat dia membuka mesej tersebut . Bibirnya sudah meleret menghasilkan senyuman ketika melihat pengirim mesej tersebut .Sudah 2 minggu kejadian itu berlalu selepas peristiwa di kafe tersebut . Hari bersejarah aku walaupun aku tak berapa minat sejarah . hehe ~
Mesej terus kubuka . Senyuman meleret sehingga ke telinga !
Baby , I miss you a lot ! Love you for every moment ... huhu .
Baca mesej tu membuatkan aku teringat peristiwa 2 minggu lalu . Akhirnya aku dapat tahu mana perginya buku portfolio aku ni . Rupa-rupanya Danial la mamat yang melanggar aku hari tu . Nak dijadikan cerita , sebenarnya kau kutip je buku tu . Tapi tertinggal masa nak turun bas dekat tempat aku duduk time tu . Yelah , tengah mamai kan . Aku tertido sebelum tu . Dia kata dia tengok aku lena je tido time yu . Patutlah aku rasa macam ada orang skodeng je time aku tido tu . Dia rupanya . Dan waktu tu la dia kata dia da jatuh cinta dekat aku . So sweet , haha ! So , dia pun bawa balik la buku aku yang tertinggal tu kat rumah dia . Sempat lagi dia menyelongkar hasil hasil kreatif aku kat dalam buku tu . And then dia tahu aku minat Korea . Ye lah , dalam buku tu penuh dengan contengan-contengan bahasa Korea . Warga Korea pun tak faham apa yang aku tulis . Last-last dapat jugak la number phone aku sebab dalam buku tu aku ada tulis number aku . Mana taknya , aku bukan ingat pun number aku tu .
Yang pasti aku dah berangan-angan dah sekarang . Sebab angan-angan aku dak bertukar kepada realiti . Wah !
|